Pameran Produk Biodegradasi dan Compostable di Karnival Tanah Wilayah Kita 2026
13/02/2026 MyTOWN, Kuala Lumpur
Pameran Produk Biodegradasi dan Compostable di Karnival Tanah Wilayah Kita 2026 dianjurkan sebagai medium pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingan penggunaan produk mesra alam dalam kehidupan seharian. Pameran ini menampilkan pelbagai produk biodegradasi dan compostable, demonstrasi aplikasi sebenar, serta perkongsian maklumat berkaitan pengurangan sisa, pengurusan sisa mampan dan sokongan kepada ekonomi hijau. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam, menggalakkan perubahan tingkah laku ke arah amalan lestari, serta menyokong aspirasi Wilayah Persekutuan sebagai kawasan berdaya huni dan mesra alam.
Facebook Biodegradasi JWP
Instagram Biodegradasi JWP
Twitter JWP
Youtube JWP
TikTok JWP