Soalan Lazim



1. Untuk menjaga alam sekitar supaya tidak bertoksik. Produk biodegradasi ini diperbuat daripada sumber bahan mesra alam dan organik (tumbuhan dan buahan seperti hampas padi, jagung, ubi kayu, kelapa sawit dan sebagainya) dan ianya dudah terurai dan mudah kompos. Sisa terurai ini akan menjadi sumber makanan mikroorganisma. 2. Untuk menjaga dan melindungi kesihatan. Bahan produk biodegradasi tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti kanser. 3. Pengurusan sisa pepejal lebih sistematik. Jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dapat ditingkatkan. Tempoh masa produk biodegradasi terurai lebih cepat daripada plastik dan polistirena.

• Persekitaran Wilayah Persekutuan yang lebih bersih, mesra alam dan bebas daripada risiko pelbagai penyakit. • Kesedaran masyarakat terhadap ancaman plastik dan polistirena ke atas kesihatan dan persekitaran akan meningkat. • Pewujudan peluang pekerjaan di dalam industri pembuatan produk biodegradasi akibat penyertaan syarikat-syarikat pengilang produk biodegradasi melalui program yang dijalankan. • Penduduk Wilayah Persekutuan tidak akan dikenakan sebarang caj ke atas sebarang pembungkusan produk biodegradasi.

Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan adalah dipertanggungjawabkan bagi memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan program ini berjaya serta mendapat sambutan daripada masyarakat setempat, khususnya golongan peniaga dan penjaja di Wilayah Persekutuan. KWP turut bekerjasama dengan SIRIM Berhad dalam menetapkan dasar penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan dan mencapai piawaian antarabangsa.

Antara bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas golongan peniaga dan penjaja yang ingkar dan tidak menggunakan produk biodegradasi adalah seperti berikut: (i) Pembatalan lesen; (ii) Penalti/denda; (iii) Lucuthak deposit; (iv) Penyitaan; dan (v) Penjara • Jumlah penalti/denda adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi masing-masing.

• Pelaksanaan program ini adalah salah satu usaha yang diambil oleh pihak KWP dalam melestarikan persekitaran serta menjaga kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan. • Selain daripada itu, pelaksanaan program ini dapat menggalakkan warga Wilayah Persekutuan mengamal gaya hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan plastik dan polistirena melalui langkah awal tertumpu di kaunter-kaunter pembayaran terhadap penggunaan beg plastik dan pembungkusan makanan. • Pengurangan jumlah beg plastik dan polistirena di Wilayah Persekutuan dijangka dapat membantu mengurangkan impak pencemaran dan bencana alam seperti banjir. • Program ini akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan generasi akan datang akan dapat merasai impak polisi serta program ini. Dalam kehidupan mereka di masa hadapan dijangka pencemaran sungai dan pantai kita dapat di kurangkan; • Pelaksanaan program ini secara tidak langsung juga akan memberi peluang kepada perkembangan pembuatan produk biodegradasi atau pun yang bercirikan mesra alam yang menggantikan beg plastik dan polistirena.

• KWP melaksanakan kempen kesedaran melalui hebahan di media cetak dan media sosial seperti internet, radio dan television serta penyertaan di dalam pelbagai pameran dan promosi melalui pemasangan billboard, e-bunting dan banner di sekitar KL, Putrajaya dan Labuan. • Agensi KWP turut mengedarkan brosur/notis pemakluman mengenai program ini dan mengadakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala ke atas semua premis perniagaan yang berdaftar dengan agensi tersebut. • KWP juga mengadakan engagement bersama wakil persatuan-persatuan golongan peniaga dan penjaja bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai pelaksanaan program ini dari semasa ke semasa. • KWP juga mengadakan taklimat kepada semua pihak yang berkepentingan dalam memberi kefahaman bagi menjayakan program ini.

Caj RM 0.20 dikenakan kepada pengguna bertujuan untuk mendidik pengguna supaya mengurangkan penggunaan beg plastik konvensional dan akhirnya akan dapat mendidik pengguna untuk membawa beg sendiri semasa membeli – belah. Pengguna perlu memastikan produk yang dibekalkan adalah merupakan beg biodegradasi yang memiliki cop SIRIM ECO 001:2018. Selain itu, caj RM 0.20 juga bertujuan menampung sebahagian kos pengeluaran beg biodegradasi yang lebih tinggi daripada plastik biasa.

Caj RM 0.20 ini dikenakan kepada pengguna yang meminta beg biodegradasi ketika membeli-belah.

Caj RM 0.20 ini boleh dikenakan ke atas setiap beg biodegradasi yang dibekalkan kepada pengguna.

Hanya beg biodegradasi yang memiliki cop SIRIM ECO 001:2018 sahaja yang boleh dikenakan caj RM 0.20.

Pengguna bolehlah mengambil gambar plastik dan resit caj RM 0.20 dan kemukakan aduan di E- Aduan KWP/ E-Aduan DBKL/ E-Aduan PPJ/ E-Aduan Labuan.

Caj RM 0.20 dikutip dan disimpan oleh peniaga bagi menampung sebahagian kos pengeluaran beg biodegradasi yang lebih tinggi dari plastik konvensional.

Caj RM 0.20 ini bertujuan mendidik pengguna supaya membawa beg sendiri semasa membeli-belah, dan pengguna juga boleh memastikan sekiranya mereka dikenakan caj RM 0.20, pastikan plastik yang dikenakan caj RM 0.20 tersebut merupakan beg biodegradasi yang memiliki pensijilan SIRIM ECO 001:2018.

Kementerian Wilayah Persekutuan tiada halangan dan menggalakkan peniaga untuk menyediakan beg kertas. Hanya beg biodegradasi yang memilik pensijilan SIRIM ECO 001:2018 sahaja dibenarkan di pasaran Wilayah Persekutuan.

Operasi kilang plastik konvensional tidak akan dihentikan sepenuhnya kerana masih terdapat keperluan plastik dalam kehidupan biasa. Namun inisiatif ini bertujuan mengurangkan penggunaan plastik konvensional yang mencemar alam sekitar.

Caj RM 0.20 juga bertujuan menampung kos pengeluaran beg biodegradasi yang lebih tinggi daripada plastik biasa. Menurut Malaysian Retailers Association (MRA) di Malaysia, kos produk biodegradasi dan compostable yang memenuhi kriteria pensijilan SIRIM ECO 001 dan ECO 009 yang berada di pasaran dianggarkan 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi berbanding kos beg plastik biasa. (Kos 1 unit beg plastik RM 0.05 dan kos 1 unit beg biodegradasi RM 0.25). Caj RM 0.20 dikutip dan disimpan oleh peniaga bagi menampung kos pengeluaran beg biodegradasi yang lebih tinggi dari plastik konvensional.

Setakat ini hanya beg biodegradasi dan bekas makanan biodegradasi yang telah mendapat pensijilan SIRIM ECO 001:2018 dan ECO 009:2016 sahaja yang boleh dikenakan caj RM 0.20.