• Facebook Biodegradasi JWP
  • Instagram Biodegradasi JWP
  • Twitter JWP
  • Youtube JWP
  • TikTok JWP
image
  • Utama
  • Pengenalan
  • Program
  • Media
    Galeri Video Galeri Audio Laporan Pemantauan Artikel Biodegradasi Keratan Akhbar Teks Ucapan
  • Soalan Lazim
  • Hubungi
Info Tujuan Inisiatif Biodegradasi Jenis Penggunaan Penguatkuasaan Biodegradasi Teras Kementerian Pembekal Produk Biodegradasi

Apakah Itu Produk Biodegradasi?

Biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen penguraian seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi. Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi. Proses biodegradasi bukan sahaja penting dalam produk mesra alam, proses ini juga penting dalam bidang bioperubatan, pengurusan sisa dan juga kelestarian ekologi.
Sumber: Astro Awani


1

Mudah Kompos

2

Sumber Bahan Kitar Semula

3

Sumber Tumbuhan

4

Teknologi Hijau

Mudah Kompos
Sumber: Wikipedia

Kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen.
Proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasi.
Kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur, dan pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai pindah tanah, baja, tambahan humus atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah.
Dalam ekosistem semulajadi, kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan organik.

Sumber Bahan Kitar Semula
Sumber: Wikipedia

Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahanbuangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Sumber Tumbuhan

1) Jagung dan ubi kayu
2) Hampas tebu
3) Daun palma
4) Food Grade Paper

Teknologi Hijau
Sumber: Berita Harian

Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

1) Teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada;
2) Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk;
3) Apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau;
4) Aplikasi teknologi hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) iaitu pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.




Bisphenol A (BPA), bahan kimia yang terdapat pada botol plastik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan; termasuk kanser, masalah saraf, masalah kesuburan pada wanita, bayi pramatang dan kecacatan pada bayi baru lahir.

Sumber: onegreenplanet.org

Stirena (bahan membuat polistirena) dikelaskan sebagai agen penyebab kanser.

Karsinogen, bahan kimia yang terdapat pada polistirena boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser, termasuk kanser prostat dan payudara.

Sumber: Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Trivia

trivia1
trivia2
trivia3



Kebaikan Produk Biodegradasi




Ancaman Penggunaan

Polistirena dan Plastik

Alam Sekitar

Pencemaran

Mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain

Ancaman kepada hidupan darat dan marin (Termakan/ terjerut)

Tidak terurai/ambil masa untuk terurai

Kesihatan

Bahan kimia berbahaya (Stirena, benzin dan lain-lain)

Risiko kanser

Boleh mengganggu fungsi paru-paru, saraf dan otak

Pelbagai risiko penyakit

Boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan

Merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid

Pengurusan Sisa Pepejal

Kos tinggi dan perlukan ruang pelupusan yang besar

Tidak dikitar semula

Tujuan Inisiatif

Penggunaan Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan



Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman plastik dan polistirena terhadap kesihatan masyarakat, alam sekitar dan kehidupan liar.

Mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan plastik dan polistirena di Wilayah Persekutuan.

Mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal plastik.

Menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan dan mewujudkan peluang pekerjaan dan industri baharu.

Jenis Penggunaan

Produk Biodegradasi di Wilayah Persekutuan


Produk plastik biodegradasi (Biodegradable Plastic) ECO 001:2018

Aditif organik/PLA + Resin

Semua jenis produk berasaskan tumbuhan (Plant-Based) ECO 009:2019

Jagung dan Ubi Kayu

Hampas Tebu

Daun Palma

Food Grade Paper

Tempoh biodegradasi = Dari 3 bulan sehingga maksimum 5 tahun

Contoh Pinggan dan Cawan Biodegradasi

pinggan cawan bio
pinggan cawan bio
pinggan cawan bio
pinggan cawan bio
pinggan cawan bio

Penguatkuasaan Undang-Undang


Di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan 1 Wilayah Persekutuan
DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Pemegang lesen perniagaan adalah dibenarkan untuk mengenakan caj 20 sen
terhadap pembungkusan klasifikasi biodegradasi atau compostable kepada pengguna.

handcuff

Notis bertulis telah dikeluarkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan
kepada semua pemegang lesen/ pemohon lesen di Wilayah Persekutuan bermula Disember 2016.

JENIS HUKUMAN seperti pembatalan lesen, penalti/denda, lucut hak deposit, penjara, penyitaan dan kompaun.


Booklet:


booklet

Notis Pemberitahuan:


dbkl

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


dbkl

Perbadanan Putrajaya


dbkl

Perbadanan Labuan

  • Teras 1:
    Wilayah Bersih



  • Teras 2:
    Keselamatan Awam



  • Teras 3:
    Sistem Pengangkutan Awam Efisen


  • Teras 4:
    Sosio Ekonomi Mampan



8 TERAS
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN



  • Teras 5:
    Persekitaran Hijau



  • Teras 6:
    Komuniti Inklusif



  • Teras 7:
    Perancangan dan Pengurusan Guna Tanah Yang Mampan

  • Teras 8:
    Mengukuhkan Tadbir Urus dan Keupayaan Organisasi



Kebaikan Produk Biodegradasi

Ancaman Penggunaan

Polistirena dan Plastik

Alam Sekitar

Pencemaran

Ancaman kepada hidupan darat dan marin (Termakan/ terjerut)

Tidak terurai/ambil masa untuk terurai

Kesihatan

Bahan kimia berbahaya (Stirena, benzin dan lain-lain)

Risiko kanser

Boleh mengganggu fungsi paru-paru, saraf dan otak

Pelbagai risiko penyakit

Pengurusan Sisa Pepejal

Kos tinggi dan perlukan ruang pelupusan yang besar

Tidak dikitar semula

Info Berkaitan

Pembekal Produk Biodegradasi


Produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan perlu mendapatkan pensijilan Standard SIRIM untuk ECO 001:2018 dan ECO 009:2019.

Klik pautan di bawah untuk melihat info pembekal produk biodegradasi yang telah menerima pensijilan SIRIM (SIRIM Eco Labelling Certified Client)

Maklumat Lanjut

Dengan Kerjasama

dan rakan-rakan pembekal Jabatan Wilayah Persekutuan

Log Masuk Urusetia

Hubungi

  • Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal
    Jabatan Wilayah Persekutuan
    Aras 6, Blok 2, Menara Seri Wilayah
    Presint 2, 62100 W.P. Putrajaya.
  • Tel : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8889 7921

Jumlah Pelawat

  • Hari Ini : 25
  • Bulan Ini : 25
  • Bulan Lepas : 24077
  • Keseluruhan : 162525

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Jabatan Wilayah Persekutuan

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer 11 ke atas.