Pameran Produk Biodegradasi dan Compostable di Hari Psikologi
24/09/2024 Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya
Pameran Penggunaan Produk Biodegradasi & Compostable sempena Hari Psikologi 2024 telah berlangsung pada 24 - 25 September 2024 dan telah berjaya menarik perhatian ramai, dengan pengunjung menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk mesra alam serta kesannya terhadap kesejahteraan mental dan alam sekitar. Maklum balas yang diterima sangat menggalakkan ramai yang lebih memahami kepentingan penggunaan bahan biodegradable dan compostable dalam kehidupan harian demi keseimbangan ekologi dan kesihatan minda. Jom teruskan usaha ke arah kehidupan yang lebih hijau dan lestari!