Townhall Penggunaan Produk Biodegradasi 2023
14/11/2023 Dewan Serbaguna JWP
Telah berlangsungnya sesi Townhall Penggunaan Produk Biodegradasi 2023 yang melibatkan wakil semua kementerian dan agensi serta syarikat pengeluar produk biodegradasi. Tujuan sesi ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan polisi kebangsaan dan inisiatif penggunaan produk biodegradasi kepada pemegang taruh dan golongan sasar supaya inisiatif ini menjadi malar segar dan dipatuhi. Sesi ini juga telah melibatkan pembentangan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), SIRIM Berhad dan Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA).