Operasi Bersepadu Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi Kuala Lumpur 2022
14/09/2022 Kuala Lumpur
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bekerjasama bagi menjalankan Operasi Sepadu Bersih bagi Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR), sanitasi premis serta pemantauan penggunaan bahan pembungkusan biodegradasi di premis-premis makanan sekitar Kuala Lumpur.