Taklimat Pemerkasaan Produk Biodegradasi Di Wilayah Persekutuan 2022
26/07/2022 Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan
Telah berlangsungnya sesi Taklimat Pemerkasaan Produk Biodegradasi Di Wilayah Persekutuan 2022 yang melibatkan wakil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan (PL), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta syarikat pengeluar produk biodegradasi. Tujuan sesi taklimat ini adalah untuk meminta kerjasama daripada syarikat berkaitan inovasi dan penciptaan produk-produk biodegradasi baru seperti botol minuman, cawan, bag dan sebagainya, meningkatkan pemasaran dan kesediaan produk-produk biodegradasi di kawasan Wilayah Persekutuan khususnya di kawasan Labuan, memastikan pengeluaran dan ketulinan produk biodegradasi menepati piawaian dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM Berhad serta mendapatkan perhatian dan maklumbalas daripada syarikat pengeluar produk biodegradasi supaya inisiatif penggunaan produk biodegradasi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Telah banyak idea dan pandangan yang dilontarkan serta saling bertukar pendapat antara satu sama lain dalam usaha untuk memperkasakan lagi inisiatif penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan. Pihak syarikat juga bersetuju untuk bersama-sama membantu pihak kementerian dalam pelaksanaan inisiatif ini demi memelihara alam sekitar yang lebih baik untuk diwarisi generasi akan datang.