• Facebook Biodegradasi JWP
  • Instagram Biodegradasi JWP
  • Twitter JWP
  • Youtube JWP
  • TikTok JWP
image
  • Utama
  • Pengenalan
  • Program
  • Media
    Galeri Video Galeri Audio Laporan Pemantauan Artikel Biodegradasi Keratan Akhbar Teks Ucapan
  • Soalan Lazim
  • Hubungi

Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya

10/07/2017 Premis-premis perniagaan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya
Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya
Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya
Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya
Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya
Pemantauan Penggunaan Produk Biodegradasi di Putrajaya

Pemantauan penggunaan beg plastik biodegradasi dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan input sejauh mana tahap ketersediaan premis-premis perniagaan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya terhadap pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan, terutamanya penguatkuasaan yang akan bermula pada 1 September 2017 Penemuan Pemantauan a. Hasil pemantauan di premis-premis perniagaan utama di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapati bahawa kebanyakan premis perniagaan telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan/ibu pejabat tentang pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan. b. Semua premis perniagaan francais mendapatkan bekalan beg plastik daripada ibu pejabat masing-masing. c. Terdapat premis yang telah menggunakan beg plastik biodegradasi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan mengikut piawaian SIRIM, seperti Parkson dan Pasaraya Mydin. d. Kebanyakan premis menggunakan beg plastik jenis oxo-biodegradasi, iaitu tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Antaranya seperti AEON Big, Big Apple, Cold Storage, Guardian dan banyak lagi. e. Skuad pemantauan telah menyalurkan maklumat berkenaan penguatkuasaan dan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan, termasuk mengedarkan senarai syarikat pembekal untuk tindakan premis. Walaupun begitu, perkara ini perlu dimajukan kepada pihak pengurusan/ibu pejabat premis-premis berkaitan supaya dapat menggunakan produk biodegradasi mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kesimpulan Pemantauan penggunaan beg plastik biodegradasi di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) mendapati bahawa premis-premis perniagaan telah dimaklumkan dan mengetahui tentang pelaksanaan dan penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi. Sejumlah kecil premis telah mematuhi penggunaan produk biodegradasi ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan premis tidak menggunakan beg plastik biodegradasi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh KWP dan SIRIM. Tindakan di lapangan dan juga e-mel telah diambil, iaitu mengedarkan senarai syarikat pembekal produk biodegradasi kepada wakil premis untuk tindakan.



Dengan Kerjasama

dan rakan-rakan pembekal Jabatan Wilayah Persekutuan

Log Masuk Urusetia

Hubungi

  • Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal
    Jabatan Wilayah Persekutuan
    Aras 6, Blok 2, Menara Seri Wilayah
    Presint 2, 62100 W.P. Putrajaya.
  • Tel : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8889 7921

Jumlah Pelawat

  • Hari Ini : 48
  • Bulan Ini : 1008
  • Bulan Lepas : 24077
  • Keseluruhan : 163508

Hak Cipta Terpelihara 2025 © Jabatan Wilayah Persekutuan

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer 11 ke atas.