Operasi Bersepadu (Biodegradasi) Bahagian Penguatkuasaan Premis 2020
28/01/2020 Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan DBKL telah mula melaksanakan operasi bersepadu penggunaan produk biodegradasi. Operasi yg diketuai Jabatan Penguatkuasaan DBKL dibantu oleh petugas-petugas dari KWP, KPDNHEP dan Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL, dan Jabatan Perlesenan & Pembangunan Penjaja DBKL.